Malaysia Sentiasa Sokong Perjuangan Palestin - Najib

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkata kerajaan Palestin tahu bahawa pendirian Malaysia terhadap is-isu melibatkan Palestin sentiasa konsisten walaupun ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dilaporkan memberi sokongan kepada Israel.

"Saya tahu dan saya berpendapat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tahu bahawa itu (sokongan kepada Israel) bukanlah pendirian kita.

"Mereka (rakyat Palestin) tahu kerajaan Malaysia selama ini menyokong kuat perjuangan Palestin dan akan terus memberi sokongan padu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsaan di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia akan mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai kekecewaan yang diluahkan oleh pihak berkuasa Palestin berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.

Kekecewaan dan kebimbangan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh kepada Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia, Nasharuddin Mat Isa, di Kuwait baru-baru ini.

Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok daripada Pas, dilaporkan berkata Ismail dan rakyat Palestin keliru dan bimbang setelah Anwar membuat kenyataan kepada majalah antarabangsa Wall Street Journal baru-baru ini, bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan Israel.

Najib berkata kenyataan Anwar itu pastinya mengundang rasa kecewa rakyat Palestin. "Jelas sekali mereka amat kecewa mendapati kenyataan (Anwar) sedemikian dibuat.

"Kita tidak bolehlah menggunakan apa yang kita kata kepada khalayak yang berlainan untuk melihat hasil yang berlainan. Kita harus konsisten kerana apa yang kita cakap, walaupun di Bachok atau Jerantut, ia boleh dilaporkan ke seluruh dunia," kata Perdana Menteri.

Najib berkata Pas pun telah mendesak Anwar supaya menyaman WSJ ataupun memintanya menarik balik dan memberi penjelasan apa yang beliau (Anwar) katakan kepada majalah itu. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan