Majikan Pembantu Rumah Disaran Jadi Ahli Mama

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majikan Amah Malaysia (Mama) menyasarkan keahlian seramai 5,000 orang pada tahun ini dalam usaha mewujudkan suasana harmoni di antara majikan dan pembantu rumah di negara ini.

Presiden Mama, Engku Ahmad Fauzi Muhsein berkata sasaran itu selaras keputusan kerajaan Indonesia yang secara rasmi menarik balik moratorium penghantaran pembantu rumah ke Malaysia 1 Disember lalu.

Katanya, penambahan ahli yang merupakan majikan kepada pembantu-pembantu rumah itu adalah perlu memandangkan kemasukan pembantu rumah Indonesia pada Mac ini dijangka kerana permintaan guna tenaga mereka adalah tinggi.

"Tahun ini kita sasarkan seramai 5,000 ahli. Pembantu rumah Indonesia akan masuk Mac ini, ahli pun diharapkan semakin bertambah.

"Peningkatan pembantu rumah bermakna kita juga akan tingkatkan usaha membantu majikan yang ada masalah dengan pembantu rumah mereka," katanya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini, Selasa.

Menyambut baik kedatangan pembantu rumah Indonesia selepas penghantaran pembantu rumah dibekukan kerajaan Republik berkenaan lebih dua tahun lalu, beliau berharap pembantu rumah yang dikirimkan untuk bekerja di negara ini terdiri daripada mereka yang benar-benar layak.

Menurut Ahmad Fauzi, Mama mempunyai matlamat membantu menangani masalah yang dihadapi majikan berkaitan pembantu rumah.

"Masalah biasa yang dihadapi pembantu rumah yang bekerja di negara ini seperti tidak tahu buat kerja, lari dari rumah, mencuri, menipu serta mempunyai pelbagai jenis penyakit. Majikan yang ada masalah seperti ini bolehlah membawanya kepada kami," katanya.

Sehingga kini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Julai 2011 ini mempunyai 1,000 ahli yang kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Mengulas lanjut, beliau berkata bantuan yang ditawarkan Mama lebih kepada usaha pengurusan dan mewujudkan persefahaman kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja.

"Kita didik majikan supaya layan pembantu rumah mereka dengan baik misalnya jangan dera mereka. Dalam masa yang sama ingin saya tekankan majikan, pembantu rumah dan agensi pun perlu patuh kepada syarat yang ditetapkan," jelasnya.

Mengakui majikan boleh membuat aduan secara terus kepada agensi pembantu rumah, beliau berkata kemungkinan berlaku situasi di mana agensi bersikap lepas tangan dan enggan membayar ganti rugi.

Beliau menjelaskan, dengan membuat laporan atau aduan kepada Mama, masalah majikan akan diberi perhatian, seterusnya ditangani mengikut saluran yang betul.

Majikan yang ingin menjadi ahli Mama perlu membayar RM50 sebagai yuran tahunan dan keahlian juga dibuka kepada mereka yang tidak mempunyai pembantu rumah.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan