Lebih 3.7 Juta Rakyat Malaysia Belum Daftar Sebagai Pemilih

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, agar jangan menyesal jika mereka tidak berpeluang mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau mengharapkan 3,731,134 rakyat Malaysia ini yang layak menjadi pemilih agar mendaftar bagi membolehkan mereka berpeluang mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi suku tahun ketiga tahun lepas, hanya 12,400,437 yang diwartakan sebagai pemilih berbanding rakyat yang layak mendaftar sebanyak 16,131,571 orang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat untuk pegawai-pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus peringkat negeri Perlis di sini, Selasa.

Abdul Aziz berkata, ada yang mengambil mudah dengan tidak mendaftar sebagai pemilih tetapi mereka pasti menyelesal jika tidak berpeluang menentukan masa depan negara melalui haknya sebagai pemilih.

"Jika ingin menjadi pemilih, mereka perlu mendaftar awal kerana ia bukan proses yang singkat. Pada masa ini 23 peratus rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftar," katanya.

Beliau berkata, mereka tidak akan berpeluang menyertai proses pemilihan walaupun berminat di saat-saat akhir selagi mereka tidak mendaftar sebagai pemilih.

Proses pendaftaran pemilih di seluruh negara bagi suku tahun pertama tahun ini bermula bulan lepas sehingga bulan depan dan akan disemak pada April sebelum diwartakan pada bulan berikutnya.

Bagi Perlis, beliau berkata, pada masa ini sebanyak 130,294 penduduk telah disenaraikan sebagai pemilih berbanding jumlah sebenar yang layak mendaftar berjumlah 156,150 orang.

Ini bermakna sebanyak 16.6 peratus atau 25,856 penduduk Perlis yang layak menjadi pemilih masih belum mendaftar untuk menunaikan hak mereka menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mengenai pemerhati asing pada pilihan raya umum akan datang, Abdul Aziz berkata, setakat ini SPR tidak menerima sebarang permohonan.

"Mereka boleh melawat negara ini menggunakan perbelanjaan sendiri untuk melihat proses pilihan raya," katanya sambil menambah SPR bersedia menerima golongan profesional tempatan yang tidak berpihak sebagai pemerhati pilihan raya umum akan datang dan memaklumkan pemerhatian mereka kepada SPR.

Mengenai persediaan SPR menghadapi pilihan raya umum kali ini, beliau berkata, SPR memang telah bersedia termasuk mengadakan taklimat kepada para pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurusnya di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan