Kerajaan Akan Laksana GST Selepas Dapat Persetujuan Komuniti Perniagaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan akan hanya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setelah mendapat persetujuan komuniti perniagaan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini.

Sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi perlaksanaan GST tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai.

"Satu persidangan meja bulat akan diadakan bersama-sama dewan-dewan perniagaan pada pertengahan tahun ini untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkara tersebut. "Jika majoriti daripada mereka bersetuju, kita akan membentangkan rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan GST untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat," katanya.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 2012 anjuran bersama Johor Coproration, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Kastam Diraja Malaysia dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di sini, Selasa.

Bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Dis, 2009 dengan kadar GST pada 4.0 peratus, bagaimana pun laporan daripada dewan-dewan perniagaan menyatakan bahawa 80 peratus daripada komuniti perniagaan masih belum bersedia terhadap perlaksanaan GST tersebut.

Lim turut berkata sistem perlaksanaan GST bagi pengguna telah dijalankan dan hampir siap manakala kajian terperinci di peringkat kerajaan dan syarikat-syarikat akan dibuat selepas itu.

Beliau berkata GST satu sistem cukai yang lebih adil kerana cukai dikenakan apabila berbelanja atau menggunakan barang dan perkhidmatan.

"Lebih banyak kita berbelanja, lebih banyak cukai yang kita bayar," katanya.

Bagaimana pun, pengecualian GST diberikan bagi barangan keperluan seperti beras, sayuran, tepung dan gula.

GST, katanya akan mendesak dan mengakibatkan sistem ekonomi bayangan yang selama ini tidak membayar cukai timbul dan perlu berada dalam sistem GST, dan akan terdedah juga dalam sistem cukai pendapatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan