Kerajaan Akan Bina 34 Sekolah Di Sabah & Sarawak - Najib

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan untuk membina 34 sekolah di Sarawak dan Sabah menggunakan sistem binaan berindustri (IBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Luar Bandar.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata sembilan sekolah akan dibina di Sarawak manakala 25 lagi di Sabah. "Penggunaan IBS dapat mempercepatkan proses pembinaan sekolah dalam tempoh dua bulan berbanding dua tahun melalui kaedah pembinaan ketika ini dan menjimatkan kos," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012 di sini.

Najib berkata kerajaan juga menimbang untuk mengunakan sistem IBS bagi membina hospital dan balai polis baharu di luar bandar dan bandar pada masa hadapan.

Katanya langkah itu juga seiringan dengan evolusi yang dilakukan syarikat tempatan dari konsep pembinaan tradisional kepada sistem IBS.

Syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat dalam pembangunan rumah nelayan di seluruh negara dan projek perumahan untuk generasi kedua Felda seperti yang diumumkan sebelum ini turut disyorkan menggunakan sistem IBS.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata tender bagi membina 34 sekolah menggunakan sistem IBS akan ditutup pada minggu hadapan.

"Projek ini akan bermula pada bulan March dan hasilnya dijangka dapat dilihat pada pertengahan April," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan