Kedah 'Winnable State' Jika Selesai Masalah Dalaman - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Kedah merupakan 'winnable state' (negeri yang boleh dimenangi) Barisan Nasional (BN) jika pemimpin-pemimpin BN negeri terutama Umno mampu menyelesaikan masalah dalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketika ini rakyat semakin menyedari kelemahan kerajan negeri yang ditadbir PAS, yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Katanya ada perubahan pada sentimen dan sikap pengundi terhadap dasar-dasar kerajaan pusat di mana rakyat Kedah sedar BN mampu untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan.

"Kami yakin boleh menang di Kedah tetapi bersyarat. Sebahagian besar pengundi kini beralih kepada BN tetapi kita tetap perlu kerja kuat. Kami tak boleh ambil mudah dan selesa. Kami (BN) mengambil pendirian tegas bahawa kami perlu bekerja dengan sangat keras," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam Desa KEDA, Batu 13 di sini, Selasa.

Katanya rakyat kini memahami mengenai PAS dan kegagalan PAS yang begitu nyata dan ramai peniaga terutama orang Cina mengatakan kerajan negeri tidak pro-perniagaan.

"Tak ada usaha bawa pelaburan dan tingkatkan kegiatan ekonomi. Nampak ada kekecewaan dan ada kesedaran baru pilihan raya umum akan datang mereka akan beri semula kepada BN.

"Kami tidak ambil perkara ini sebagai mudah. Kami pembangkang kena berfikir secara pembangkang untuk tebus kekalahan di kerusi negeri dan parlimen. Saya dah beri nasihat tentang pentingnya mereka selesaikan masalah di bahagian-bahagian," katanya.

Beliau berkata selain itu, kerjasama Umno dan parti komponen BN lain paling utama dan walaupun kesedaran untuk kerjasama itu bertambah baik tetapi masih belum memadai.

"Perlu ada komitmen dan usaha-usaha kerja lebih teratur antara BN dan Umno Kita juga perlukan dapatkan pengundi orang muda," katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke Kedah hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan