Program Pengesanan Awal Disleksia Bakal Dilaksana Di Taska - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program pengesanan awal disleksia bakal dilaksanakan di semua taman asuhan kanak-kanak (Taska) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hujung tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata untuk tujuan itu, kementeriannya bekerjasama dengan Persatuan Disleksia Malaysia menyediakan modul mengenai cara dan kaedah pengesanan awal disleksia di kalangan kanak-kanak.

"Oleh kerana persatuan ini mempunyai kepakaran, mereka akan menjadi rakan kongsi pintar kementerian untuk mewujudkan projek perintis bagi menyediakan kurikulum dan modul cara-cara mengesan disleksia dari awal di semua Taska yang berdaftar dengan JKM.

"Untuk modul tersebut saya harap dalam masa lima bulan akan datang dapat disempurnakan bagi diagihkan kepada Taska untuk diaplikasikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Program Pendidikan Khas Integrasi (Disleksia) di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri (SKTM) di sini, Isnin.

Shahrizat berkata disleksia atau gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak merupakan satu daripada cabang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diberi perhatian oleh kementerian di mana JKM mengenal pasti kanak-kanak yang menghadapi masalah berkenaan sebagai golongan yang memerlukan perhatian segera di peringkat awal.

Beliau berkata masalah kurang pengetahuan di kalangan masyarakat, ibu bapa dan guru dikenal pasti sebagai kekangan utama dalam membantu kanak-kanak dalam kategori itu dan pengesanan awal diyakini boleh menggilap potensi yang sedia ada dalam diri mereka.

"Sebenarnya kanak-kanak disleksia bukannya OKU cuma mereka menanti untuk dikesan awal di mana menerusi perkongsian ilmu dan tunjuk ajar daripada ibu bapa dan guru, kecemerlangan mereka boleh dioptimumkan," katanya.

Shahrizat berkata bagi melancarkan program penyediaan modul berkenaan, kementerian itu telah bersetuju menyalurkan sebanyak RM100,000 kepada persatuan tersebut sebagai dana permulaan.

Beliau juga berjanji akan memohon kepada Kementerian Pelajaran supaya mengadakan program disleksia di setiap sekolah bagi membolehkan semua kanak-kanak yang menghadapi masalah berkenaan dapat mengikuti pembelajaran secara sistematik dan sempurna.

Mengenai keperluan pembelajaran disleksia, Shahrizat berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah JKM, Hadzir Mohamed Zain mengadakan pertemuan khas bersama guru, ibu bapa dan kanak-kanak disleksia untuk mengumpul maklumat keperluan mereka untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran.

Dalam lawatan lebih satu jam itu, Shahrizat bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada sekolah berkenaan untuk kegunaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan kanak-kanak disleksia.

Bermula dengan hanya 40 murid ketika ditubuhkan pada 5 Disember 1991, PPKI di sekolah itu kini mempunyai 100 murid termasuk 18 murid disleksia, meningkat daripada hanya empat murid ketika program rintis disleksia diwujudkan pada Julai 2004. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan