Pentadbiran Negara Sentiasa Cari Idea Untuk Kesejahteraan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pentadbiran negara sentiasa mencari idea-idea baru, dan berusaha menampilkan pendekatan-pendekatan yang lebih efektif dalam menyelesaikan sebarang masalah, demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak pentadbiran sentiasa berusaha mencari jalan untuk mencapai hasil yang lebih berkesan menggunakan peruntukan yang minimum, untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

"Apa yang saya harap, bersama dengan rakan-rakan anggota pentadbiran, ialah kita dapat beri lebih tumpuan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada rakyat," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Perdana di sini, Isnin.

Beliau berkata setiap perkhidmatan yang diberikan perlu sampai kepada kumpulan sasaran, iaitu rakyat, supaya setiap rakyat mencapai kepuasan yang tinggi, selaras dengan gagasan "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Menurutnya kerajaan kini lebih memberi tumpuan kepada pendekatan penyelesaian masalah kerana adakalanya beberapa isu yang bersifat 'cross-cutting' dilihat memerlukan mekanisme penyelesaian masalah sebagai penyelesaian yang berkesan, berbanding pendekatan konvensional yang mungkin hasilnya kurang berkesan.

Najib berkata sesuatu pendekatan itu tidak seharusnya dikekalkan semata-mata kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama, sedangkan apa yang diperlukan ialah idea-idea baru, kreatif, serta pendekatan yang bersifat inovatif dalam mencapai matlamat yang diharapkan dengan lebih berkesan.

Katanya menerusi pendekatan penyelesaian masalah ini, banyak isu dapat ditangani dengan lebih pantas dan berkesan, hasil komitmen semua pihak yang berkaitan, yang membolehkan kerajaan membuat keputusan lebih tuntas dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Beliau seterusnya berkata kerajaan akan melancarkan program transformasi luar bandar tidak lama lagi, yang disasar supaya penduduk kawasan luar bandar turut dapat menikmati pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan.

Menurutnya ia selaras dengan usaha kerajaan menegakkan prinsip keadilan sosial yang memberi penekanan kepada kemakmuran buat segenap lapisan rakyat.

Najib berkata negara berada di landasan yang betul untuk mencapai hasrat negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, jika dilihat dari segi pertumbuhan ekonomi, di mana suku ketiga 2011 menyaksikan pertumbuhannya menjangkau 5.8 peratus.

Beliau berkata ekonomi negara juga menyaksikan perkembangan positif jika dilihat kepada kejayaan mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi, menjangkau RM1.3 trilion tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan