Pembangkang Mahu Rombak Semula Sistem Kehakiman Negara

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memberi jaminan akan mengembalikan semula undang-undang yang dirombak ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya mereka berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, perubahan ketara yang akan dilakukan berhubung sistem kehakiman di negara ini ialah membabitkan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan iaitu membabitkan bidang kuasa kehakiman.

"Kami (Pakatan Rakyat) setuju dengan pandangan bekas Ketua Kakim, Tun Mohd Dzaiddin (Abdullah).

"Sudah pasti kami akan kembalikan undang-undang tersebut kepada asal sekiranya memerintah, iaitu dengan mengembalikannya kepada sebelum tahun 1988," katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Mohd Dzaiddin bahawa badan kehakiman di negara ini dilemahkan menerusi pindaaan pada 1988 sewaktu era pemerintaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kepada kuasa kehakiman negara.

Malah Mohd Dzaiddin turut mendakwa bahawa Dr Mahathir menjadi punca badan kehakiman di negara ini tunduk kepada kuasa politik.

Sementara itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Mohd Dzaiddin itu seolah-olah mengesahkan bahawa campur tangan politik benar-benar berlaku dalam sistem kehakiman negara terutama membabitkan beberapa kes berprofil tinggi.

Tegas beliau, kenyataan bekas ketua hakim negara itu mempunyai implikasi yang amat besar terhadap institusi kehakiman negara dan memberi tanggapan bahawa wujudnya keputusan yang dibuat secara zalim dan bertentangan dengan undang-undang.

"Kes-kes berprofil tinggi diakui oleh beliau ada campur tangan politik. Maknanya beberapa keputusan yang bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan yang didapati zalim telah diputuskan kerana campur tangan politik.

"Implikasinya sangat berat kerana ia mengesahkan keputusan yang awal. Sebagai contoh kes politik seperti krisis perlembagaan di Perak dan termasuk kes Anwar Ibrahim yang dulu," katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Pakatan Rakyat mempunyai pendirian yang cukup jelas iaitu mewujudkan badan kehakiman yang bebas.

"Pendirian Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga adalah jelas. Kita mahu satu badan kehakiman yang bebas dan semua keterlanjuran serta kezalimamn dahulu harus diperbetulkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan