PDRM Perlu Bangunkan Strategi Baru Tingkat Keselamatan Awam - Najib

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu membangunkan strategi baru dalam membanteras jenayah untuk meraih kepercayaan awam dan memperlengkapkan diri mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran zaman moden.

Beliau berkata dalam melakukan transformasi, pasukan perlu mempunyai perubahan kerangka minda secara menyeluruh, keseimbangan etika yang padu, penguatkuasaan ketat serta kepimpinan yang utuh dan efektif di semua peringkat.

"Kita (PDRM) perlu membuat penyesuaian dengan perubahan keperluan orang ramai dan masyarakat. Kita memakai uniform kerana kita mahu melindungi warganegara kita, dan ia bukan sekadar satu profesion.

"Ia juga bagi memenuhi cabaran dalam menguruskan operasi satu pasukan polis dalam zaman moden ini dan dalam kalangan masyarakat yang lebih berpendidikan yang mengharapkan standard tinggi, sedar akan hak mereka.

"Oleh yang demikian sebagai satu pasukan polis, kita perlu melakukan transformasi pada diri kita sendiri," katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Prinsip Kepolisan: Kedaulatan Undang-undang, Ketenteraman Awam dan Pembangunan Mampan di sini, Isnin.

Perwakilan dari 15 negara mengambil bahagian dalam persidangan dua hari anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) itu.

Najib berkata transformasi politik yang diperkenalkan oleh kerajaan menyaksikan kerajaan memutuskan, antara lain, menghapuskan undang-undang lapuk dan menggantikannya dengan undang-undang baru yang lebih sesuai dengan keperluan semasa.

Beliau berkata ini menuntut tahap profesionalisme lebih tinggi termasuk daripada aspek mengumpul bukti dan proses penyiasatan.

Najib berkata untuk polis muncul dengan reputasi lebih baik, kunci katanya ialah kepercayaan iaitu mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Beliau berkata anggota polis perlu meneruskan usaha mereka dalam mendaulatkan undang-undang dan tidak mudah patah semangat dengan kritikan terhadap mereka.

Najib berkata walaupun tinjauan mengenai tahap rasa puas hati orang ramai terhadap polis menunjukkan keyakinan meningkat kepada 70.5 peratus pada Disember tahun lepas daripada 55 peratus pada Mei, usaha itu tidak harus terhenti di situ.

"Ini adalah mengenai perjalanan untuk menyakinkan orang ramai...akhirnya, saya percaya majoriti besar akan berasa bahawa Malaysia ialah tempat yang selamat dan inilah apa yang kita mahu capai," katanya.

Menceritakan pengalamannya di Chinatown, New York, Najib berkata Malaysia patut menteladani kaedah digunakan polis New York dalam mendapatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

Beliau berkata kehadiran polis di sesuatu kawasan telah menyumbang ke arah meningkatkan keyakinan orang ramai dan menjadikan jalan-jalan raya lebih selamat.

"Jika ianya boleh dilakukan di New York, ia juga boleh dilakukan di Kuala lumpur," kata Perdana Menteri. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan