Indonesia Intensifkan Persiapan Penghantaran Pambantu Rumah Ke Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia sedang mengintensifkan kerjasama dan penyelarasan dengan kerajaan-kerajaan negeri (provinsi) dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam pengambilan calon-calon pembantu rumah, yang akan mula dihantar ke Malaysia mulai Mac depan.

Ketua Pengarah bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja di kementerian itu Reyna Usman berkata peranan aktif agensi kerajaan di kedua-dua peringkat itu sangat diharapkan bagi menentukan proses penghantaran itu dapat berjalan lancar.

Peranan aktif mereka diharapkan dapat memastikan tidak ada pembantu rumah yang dihantar tanpa izin atau tanpa dokumen sah, kata Reyna di Jakarta, Ahad.

Pada masa ini kementerian itu sedang mengemas kini pendataan tentang pembantu rumah yang akan dihantar ke Malaysia.

Enam belas negeri (provinsi) yang terlibat dalam pengambilan calon-calon pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia ialah Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Lampung, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, Riau, Kepulauan Riau, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Tengah, Maluku dan Bali.

Indonesia secara rasmi menarik balik moratorium penempatan pembantu rumahnya ke Malaysia pada 1 Dis tahun lepas tetapi memerlukan masa tiga bulan untuk proses menyediakan mereka mengikut prosedur yang telah disepakati oleh kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan