Anwar Timbulkan Keraguan Pertambahan Mendadak Pengundi Di Selangor

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang mendakwa wujudnya keraguan berhubung pertambahan mendadak jumlah pengundi bagi beberapa kawasan di Selangor terutama selepas pilihan raya 2008.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kecurigaan berhubung pertambahan jumlah pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) begitu ketara terutamanya di Subang, Kota Raja dan Puchong.

"Kita ingin melahirkan kebimbangan tentang daftar pengundi kerana ada beberapa perkembangan di Selangor kerana dalam kajian analisis terpeinci, beberapa kawasan Parlimen pertumbuhan itu sangat mendadak.

"Di Subang penambahan sebanyak 35 peratus iaitu daripada 84,000 kepada 114,000 pengundi. Manakala di Kota Raja berlaku peningkatan sebanyak 29.5 peratus iaitu penambahan sebanyak 21,000 pengundi serta di Puchong peratusan peningkatan adalah 25 peratus," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, walaupun pertambahan berkenaan berkemungkinan boleh dijelaskan secara fakta, namun pihaknya tetap meragui ketelusan SPR dalam isu berkenaan.

"Walaupun penambahan itu boleh dijelaskan, tapi kecurigaan terhadap integriti SPR tetap ada.

"Sebab itu perlu ada mekasnisme yang lebih telus dan sesuai digunakan dalam sistem daftar pemilih seperti pendaftaran secara automatik," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan