Program 6P: Operasi Skala Kecil Persediaan Operasi Bersepadu

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Operasi berskala kecil bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja / Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen merupakan sebagai persediaan kepada operasi bersepadu yang akan dijalankan secara besar-besar di seluruh negara bermula 16 Februari ini.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata, Jabatan Imigresen melakukan operasi secara berterusan sempena Program 6P yang bermula sejak Oktober tahun lalu.

“Ini adalah persediaan untuk pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen bagi menggerakkan operasi bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasaan lain.

“Setiap operasi berdasarkan risikan dan aduan. Operasi ini juga sebagai peringatan tegas kepada pendatang/pekerja asing tanpa izin (Pati) ini sama ada tidak daftar atau sudah mendaftar dengan Program 6P,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Mohd Zamberi berkata, walaupun proses pemutihan hanya akan tamat pada 15 Februari ini namun para majikan dan Pati akan diberi peringatan untuk mendaftar dalam proses berkenaan sebelum terlambat.

“Kita sudah berikan peluang kepada mereka maka jangan tunggu sehingga saat akhir. Pati yang tidak mempunyai majikan pula seharusnya pulang ke negara asal masing-masing.

“Apakah tujuan mereka untuk menetap lagi di sini? Mahu jadi Pati lagi? Dan kita akan terus jalankan operasi.

"Sehubungan itu, para majikan dan Pati perlu mengambil peluang ini sebelum dikenakan tindakan,” katanya lagi.

Akhbar The Star pada Sabtu melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad sebagai berkata, operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta Pati yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program 6P akan dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara bermula 16 Februari ini.

Menurut Alias, operasi itu akan dilaksanakan selepas tamatnya proses pemutihan Program 6P pada 15 Februari.

Ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam pada itu, Mohd Zamberi berkata, satu Operasi Program 6P (Ops 6P) yang dijalankan di Kuala Lumpur pada Sabtu telah menahan seramai 72 Pati.

“Lokasi pemeriksaan bermula dari Jalan Hang Kasturi sehingga sekitar hadapan Pasar Seni. Seramai 47 anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan di mana sebahagiannya dari Bahagian Penguat kuasa ibu pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya,” katanya.

Menurut Mohd Zamberi, berdasarkan pemeriksaan terhadap 580 warga asing dalam operasi itu, 72 daripadanya telah ditahan.

Ia melibatkan dua warga Indonesia, 34 (Myanmar), masing-masing seorang dari Pakistan dan Sri Lanka, dua (India), 14 (Bangladesh), 12 (Nepal) dan enam (Nigeria).

"Mereka disyaki melakukan kesalahan imigresen iaitu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan menetap lebih masa di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, kira-kira 3,900 Pati yang digaji oleh 106 majikan ditahan dan dikenakan pelbagai tindakan oleh Jabatan Imigresen menerusi operasi Program 6P yang bermula Oktober tahun lalu.

Jumlah yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 38,000 Pati yang diperiksa dalam 3,700 operasi di seluruh negara.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan