Kerajaan Selangor Sedia Dedah Kewangan Yayasan Selangor, UNISEL

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (UNISEL).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mengambil contoh Yayasan Selangor, institusi milik kerajaan negeri itu diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di Selangor.

"Ini bukan perkara yang aneh pada saya sebab kita akan audit (semua akaun syarikat dan agensi milik kerajaan negeri) setiap enam bulan dan sasaran saya selepas tiga bulan kita sudah mula audit.

"Disiplin ini dah dibuat oleh kerajaan negeri sejak mentadbir Selangor pada 2008. Jadi tidak timbul isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak mengenai dakwaan ini sebab kita sedia tunjuk kepada umum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) seluruh Selangor di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam yang meminta kerajaan negeri ini mengumumkan kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan UNISEL kerana didakwa mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri dengan usahasama syarikat pemaju, Kuala Lumpur Kepong Berhad akan membina sebuah sekolah jenis Tamil yang dilengkapi asrama di kawasan seluas 0.12 hektar di Coalfields, Kuala Selangor.

Beliau yang enggan mendedahkan kos pembinaan sekolah itu berkata majlis pecah tanah akan diadakan pada Mei depan.

"Kita masih belum putuskan sama ada sekolah ini dijadikan sekolah rendah atau menengah. Asrama sekolah itu boleh digunakan untuk menempatkan pelajar di Selangor yang menetap jauh.

"Kita juga akan hantar pelan (sekolah) untuk dapat kelulusan Kementerian Pelajaran kerana pengendalian sekolah itu akan dibuat oleh kementerian itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan