Kapal Layar Kazakhstan Singgah Di Malaysia Setelah Belayar 12,000 Batu

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Sebuah kapal layar dari 'Shokan Valikhanov' Kazakhstan, yang melakukan pelayaran sulungnya mengelilingi dunia, tiba di Malaysia pada Ahad, setelah meredah lautan sejauh lebih 12,000 batu selama 120 hari.

Sebelum ini, kapal bersama lima anak kapal itu singgah di beberapa negara di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik setelah memulakan pelayaran dari Aktau, Kazakhstan pada pertengahan September tahun lepas.

Ekspedisi itu, yang dianjurkan Central Asian Geographic Society dan mendapat sokongan Kazakhstan Association Kazenergy serta syarikat minyak "MangistauMunaiGas", bertujuan memperkenalkan kebudayaan dan tradisi penduduk Kazakhstan kepada negara lain.

Presiden Central Asian Geographic Society Dmitry Petrukhin berkata dengan merentasi Lautan Atlantik, kapal layar itu sudah meliputi separuh daripada perjalanannya dan kini merancang untuk merentasi Lautan Hindi pula sebelum kembali ke negara asalnya.

"Kami gembira kerana setakat ini, anak kapalnya berjaya melaksanakan misi yang ditetapkan, walaupun mereka mengalami pelbagai kesukaran, termasuk akibat keadaan laut, angin dan kapal yang digunakan," katanya pada sidang akhbar di Admiral Marina and Leisure Club, di sini, Ahad.

Kapten kapal berkenaan Alexander Lavrinov berkata ekspedisi itu berbahaya dan mencabar kerana mereka terpaksa berdepan dengan ribut, angin kuat dan keadaan laut yang bergelombang besar.

Katanya bagaimanapun, anak kapal berjaya mengatasi semua cabaran itu kerana penganjur menyediakan segala keperluan sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan dan melengkapi kapal itu dengan peralatan pelayaran moden.

Dari Port Dickson, kapal layar ini akan meneruskan perjalanan ke Langkawi dan Thailand. Selepas itu, ia akan merentasi Lautan Hindi ke Sri Lanka, India dan singgah di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sebelum kembali ke Kazakhstan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan