Isu Rumahtangga Antara Masalah Ketagih Telefon Pintar

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima anak muda minum di sebuah meja tetapi tiada seorang pun yang bercakap antara satu sama lain. Sebaliknya, masing-masing memberi perhatian pada telefon bimbit untuk menghantar mesej atau melayari laman web.

Mereka inilah yang dikatakan “penagih telefon pintar”. Dan ketagihan itu terlah menjadi punca kepada banyak masalah.

Segelintir ibu bapa mengadu mengenai bagaimana gajet itu telah menjarakkan hubunggan kekeluargaan apabila anak-anak mereka lebih gemar “bercakap” dengan telefon berbanding mereka sendiri.

Sementara itu, pasangan masing-masing turut mengadu apabila perhubungan menerusi telefon mempengaruhi kepada hubungan sulit.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau menerima banyak laporan mengenai kes keruntuhan rumahtangga hanya disebabkan oleh penggunaan telefon pintar yang berlebihan.

“Wanita-wanita telah datang kepada saya untuk mendapatkan nasihat mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap pihak ketiga.

“Kebanyakan wanita ini telah mengesan terdapat hubungan sulit yang berlaku apabila suami mereka menghabiskan masa lama dengan telefon, untuk memeriksa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menghantar emel kepada perempuan lain,” katanya.

Timbul juga masalah-masalah lain apabila ramai anak-anak leka dengan telefon pintar, menghantar pesanan dan semban dalam talian yang mungkin sukar untuk dilakukan dalam kehidupan sebenar. Ia juga mengakibatkan masalah kesihatan.

Menurut laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terdapat 33,250,177 langganan telefon oleh 28,326,500 pada 30 September 2010.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa daripada jumlah itu, majoritinya adalah pengguna telefon bimbit yang mempunyai satu telefon (71.5 peratus), dua telefon (23.9 peratus) malah lebih dua telefon (4.6 peratus).

Pakar psikologi klinikal, Serena Sinniah berkata, kebergantungan terhadap telefon pintar boleh menyebabkan ketegangan dalam perhubungan apabila pengguna terlalu leka dengan gajet itu apabila bersama dengan kawan-kawan atau orang tersayang.

"Terlalu sibuk dengan telefon pintar ketika anda bersama orang lain memberi mesej bahawa mereka bukannya penting buat anda.

“Ia juga membuatkan anda tidak memberi maklum balas terhadap isyarat bukan lisan yang boleh membawa kepada masalah komunikasi,” katanya.

Serena berkata, golongan belia dikatakan lebih selesa untuk bercakap mengenai isu-isu sensitif dengan ibu bapa mereka menerusi pesanan secara teks.

Beliau berkata, dalam kes terbabit, telefon pintar merupakan alat sosial yang membantu para belia untuk menentukan identiti dan status mereka di kalangan rakan-rakan.

Beliau bagaimanapun menambah: “Rangkaian sosial mungkin tidak stabil dan bersifat sementara oleh kerana masa yang kurang digunakan untuk memupuk persahabahan secara berdepan.”

Kaunselor keluarga, Yvonne Lee said berkata, mereka yang kerap menggunakan telefon pintar berhadapan risiko keretakan dalam perhubungan bersama orang tersayang di mana mereka berikutan lebih tertumpu kepada dunia maya.

“Jika anda sentiasa menghantar teks atau menjawab panggilan ketika bersama dengan seseorang, orang itu mungkin akan tersinggung kerana anda berhubung dengan orang lain dan bukan dengannya,” katanya.

Lee berkata, ibu bapa yang “ketagih” dengan telefon pintar juga tidak mampu menangani masalah di antara keluarga apabila mereka mendapati lebih selesa untuk menghantar mesej atau berbual dalam talian berbanding bercakap mengenainya secara terus dengan pasangan atau anak-anak mereka.

“Utamakan masa dengan meluangkannya bersama orang tersayang. Jika seseorang cuba untuk menghubungi anda semasa anda bersama keluarga atau rakan-rakan anda, anda sentiasa boleh membalas menerusi teks atau menghubunginya kemudian,” katanya.

Lee berkata, beliau telah memberi khidmat kaunseling kepada pasangan yang menghadapi masalah perkahwinan kerana salah seorang daripada mereka telah menumpukan orang lain yang membawa kepada hubungan sulit.

“Adalah mudah untuk mendapatkan keselesaan daripada orang lain apabila anda mempunyai masalah di rumah dengan berbual dengan orang lain menerusi Internet menggunakan telefon pintar.

“Tetapi menghabiskan masa terlalu lama bercakap dengan orang lain terutama ketika waktu-waktu krisis menyebabkan seseornag itu mudah mempunyai perasaan dengan orang berkenaan,” katanya.

Menurut Lee, perkara itu boleh mengakibatkan kesan fizikal apabila mereka mungkin merasakan orang lain lebih memahami berbanding pasangannya sendiri.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan