Hanya 9 Peratus Pekerja Malaysia Anggota Kesatuan Sekerja - MTUC

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya sembilan peratus daripada 11 juta pekerja di negara ini menganggotai kesatuan sekerja dan jumlah ini amat jauh bezanya dengan keadaan di Jepun, United Kingdom dan Singapura.

Lapan belas peratus pekerja di Singapura menganggotai kesatuan sekerja, manakala masing-masing 21 peratus dan 29 peratus pekerja di Jepun dan United Kingdom, berbuat demikian.

"Peratusan ini tidak pernah meningkat dan berada pada paras yang sama sejak beberapa dekad lepas. Kami menghadapi begitu banyak cabaran untuk menubuhkan kesatuan sekerja dan berbanding kebanyakan negara lain di Asia, kita masih jauh ketinggalan," kata naib presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Balasubramaniam kepada Bernama.

Beliau berkata, jumlah pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja semakin berkurangan, walaupun jumlah penduduk dan peluang pekerjaan meningkat dengan ketara.

"Kementerian Sumber Manusia perlu memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi untuk menubuhkan kesatuan sekerja di negara ini. Kementerian ini juga perlu lebih banyak membuat promosi tentang kesatuan sekerja untuk mengelak jumlah anggota kesatuan sekerja menjadi semakin berkurangan," katanya.

Balasubramaniam berkata, kerajaan, khususnya kementerian berkenaan, perlu menyedari tentang perlunya para pekerja menjadi anggota kesatuan sekerja kerana ia bukan saja baik untuk mereka, tetapi juga untuk majikan.

"Apabila sebuah syarikat ditubuhkan dan mempunyai sejumlah pekerja, maka pekerja perlulah dibenarkan menubuhkan kesatuan secara automatik. Ini bererti kesatuan sekerja itu tertubuh secara automatik, tanpa perlu mendapatkan kebenaran majikan," katanya.

Beliau menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan kesatuan sekerja di negara ini bergerak aktif.

"Akta serta sekatan yang dikenakan berhubung penubuhan kesatuan sekerja yang wujud sekarang perlu dipinda. Kita perlu melihat isu ini secara holistik, bukan dengan minda yang sempit," katanya.

Beliau mendakwa ada majikan di negara ini bersikap "antikesatuan sekerja" kerana beranggapan kewujudan kesatuan sekerja hanya memberi masalah kepada mereka.

"Tanpa wujudnya kesatuan sekerja, mereka mudah menguasai pekerja. Pekerja tidak boleh bertindak balas untuk melindungi hak mereka. Ada banyak isu seperti gaji, upah minimum...keutamaan terhadap pekerja asing, tapi ini hanyalah sebahagian kecil saja daripada isunya," kata beliau.

Beliau berkata, sesetengah kesatuan sekerja dikawal sepenuhnya oleh majikan, termasuk siapa yang patut memegang jawatan penting di dalamnya.

"Dalam hal begini, walaupun jumlah anggota kesatuan sekerja bertambah, tetapi keberkesanannya menurun kerana penyandang jawatan tertinggi di dalamnya terdiri daripada anggota kumpulan pengurusan," kata Balasubramaniam.

Beliau berkata, majikan perlu melayan kesatuan sekerja sebagai rakan dalam memajukan syarikat, bukan melihat pekerja dan kesatuan sekerja sebagai musuh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan