ETA Warga AS Rasai Terengganu Seperti Rumah Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ETA AS (dari kiri) Hannah Carr, Chelsea Clark dan Nazeeha Jawahir mencuba raja buah tempatan durian di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Foto ZABIDI TUSIN.
ETA AS (dari kiri) Hannah Carr, Chelsea Clark dan Nazeeha Jawahir mencuba raja buah tempatan durian di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Foto ZABIDI TUSIN.

KUALA TERENGGANU: Dia baru sahaja berada di negeri pantai timur tetapi Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA), Hanna Carr sudah merasakannya seperti rumah sendiri.

Gadis warga Amerika Syarikat (AS) berusia 22 tahun dari Oregon itu jatuh cinta dengan makanan tempatan yang benar-benar membangkitkan seleranya.

Malah katanya, antara perkataan tempatan pertama yang disebutnya adalah nasi lemak dan teh o ping (teh limau).

“Nasi lemak benar-benar membuatkan saya teruja dan saya menyukai rasanya, terutama sambal pedas.

“Dengan gabungan bersama teh limau, ia menjadi hidangan lengkap buat saya.

“Saya fikir berat badan saya akan bertambah beberapa kilogram apabila tempoh saya di sini berakhir,” katanya berseloroh.

Carr yang merupakan seorang vegetarian berkata, sejak banyak makanan tempatan terdiri daripada ayam, ikan atau daging, dia memilih juadah lain seperti roti canai.

“Ia merupakan satu perubahan yang diterima baik berbanding makanan Amerika seperti kebiasaan.

“Saya sentiasa percaya bahawa kunci untuk memahami negara lain adalah melalui makanan,” katanya.

Carr, yang telah ditugaskan di SMK Kompleks Gong Badak melihatnya sebagai peluang dalam hidupnya kerana dia dapat menimba pengalaman baru dengan mengajar pelajar tempatan sambil belajar mengenai negeri itu dan penduduknya.

“Saya melakukan beberapa kajian dalam talian sebelum datang ke Terengganu tetapi saya amat terkejut dengan layanan dan kemurahan hati penduduk di sini.

“Saya telah ke Nepal dan Costa Rica tetapi saya mempunyai perasaan bahawa Malaysia terutama Terengganu pastinya berada dalam senarai teratas bagi tempat kegemaran saya,” katanya.

Walaupun dia telah sudah biasa dengan makanan namun Carr yang merupakan graduan Pengajian Alam Sekitar juga sedang membiasakan diri dengan cuaca panas memandangkan dia berasal dari Oregon yang sangat terkenal dengan cuaca sejuk.

“Ia adalah satu perubahan drastik dalam cuaca tetapi saya berharap mendapat kulit yang sedikit perang dengan melawat pantai yang indah di negeri ini,” katanya.

Carr yang menyewa di sebuah rumah di Seberang Takir bersama rakan-rakan ETAnya, Nazeeha Jawahir, 22 dan Chelsea Clark, 23, berkata, tinggal di negara asing benar-benar meluaskan pandangan seseorang.

Nazeehe bersetuju dengan kenyataan itu dengan mengatakan dia sudah mempunyai teman-teman di kalangan penduduk tempatan dan mempelajari bahasa Melayu.

Dia boleh menyebut “apa khabar” dan “terima kasih”.

Nazeeha yang mempunyai ibu bapa warga Sri Langka dilahirkan di Australia tetapi dibesarkan di selatan negeri AS, Kentucky.

“Mempelajari bahasa adalah cara terbaik untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru,” katanya sambil menambah, penduduk di sini begitu peramah.

“Ia seolah-olah berada di rumah di Kentucky di mana begitu terkenal dengan keramahannya,” katanya.

Dia yang berbaju kurung warna kuning berkata, pakaian tempatan begitu cantik menyebabkan dia dan teman-teman serumahnya membeli beberapa pasang.

Dia yang ditugaskan di SK Seberang Takir berkata, terlalu banyak yang perlu diterokai di negeri itu dan setakat ini dia amat menyukainya.

“Saya amat menyukainya. Malah, saya dapat meyakinkan ibu bapa saya untuk datang melawat saya di sini,” katanya.

Nazeeha yang turut menggemari makanan tempatan berkata, rasanya amat lazat dan kesukannya adalah nasi goreng.

Sementara itu, Clark yang ditugaskan di SMK Kompleks Seberang Takir berkata, kesemua mereka telah belajar untuk menaiki motosikal bagi memudahkan mereka meneroka negeri itu.

“Kami sudah pergi ke Pantai Merang dan Pulau Kapas dan saya sendiri mahu untuk meneroka lebih banyak lagi, dan dengan cara yang lebih baik adalah menaiki motosikal,” kata Clark.

“Saya belajar menaikinya di sekolah memandu berdekatan,” katanya.

Dia berkata, biarpun dia merindu kampung halamannya di Michigan namun dia akan menggunakan masanya di negeri itu untuk mengenali kekayaan budayanya.

Kesemua ETA itu mungkin berjauhan beribu-ribu kilometer dari kampung halaman tetapi mereka masih kerap berhubung dengan keluarga mereka menerusi Skype.

“Teknologi membantu untuk berada dekat dengan keluarga tersayang,” kata Carr.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara 17 ETA warga AS yang ditugaskan di negeri itu bersama dengan 17 lagi di Johor dan 16 di Pahang.

Terengganu merupakan perintis kepada program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) pada 2009 mengatakan bahawa pendidik AS telah berjaya mengajar para pelajar di negeri itu dalam Bahasa Inggeris.

Ia mendorong Kementerian Pelajaran untuk meluluskan program di Pahang dan Johor.

Terdapat seramai 89 guru yang ditugaskan di negeri itu sejak program ETA bermula tiga tahun lalu termasuk 17 guru yang baru.

Terengganu telah membelanjakan sebanyak RM600,000 setahun bagi membawa masuk guru dari AS sejak 2009 tetapi Kementerian Pelajaran kemudiannya memberikan dana untuk program itu pada tahun ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan