Chingay Bukti Toleransi Kaum Negara Ini:Najib

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perarakan Chingay sebagai bukti toleransi kaum di negara ini.

Beliau berkata ia juga adalah bukti penerimaan rakyat pelbagai kaum terhadap satu sama lain dan juga sebagai meraikan kepelbagaian yang ada dari segi kepercayaan dan kebudayaan masing-masing.

Perarakan itu yang diadakan setiap tahun sejak 142 tahun lalu katanya menyaksikan kerjasama antara lima kumpulan (dialek) utama Tiong Hua iaitu Hainan, Kantonis, Hakka, Hokkein dan Teochew.

"Saya percaya ia akan meninggalkan kesan yang besar dan kita hormati kepelbagaian dalam masyarakat ini," katanya pada Majlis Perarakan Chingay Kuil Kuno Johor di Jalan Wong Ah Fook, di sini malam Ahad.

Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Najib yang pertama kalinya menyaksikan perarakan itu melahirkan rasa bangganya terhadap keunikannya.

Beliau juga mengesahkan Perarakan Chingay kini diiktiraf sebagai Warisan Kebudayaan Kebangsaan dan akan diwartakan tidak lama lagi.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Lim Ik Kim berkata perarakan berkenaan menarik 250,000 penyertaan dan kunjungan pelancong dan mendapat liputan meluas media China serta juga Singapura.

Sebanyak 200 pertubuhan bukan kerajaan dengan 120 pasukan mengambil bahagian dalam perarakan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan