BN Ada Masa Perkukuh, Kuatkan Imej Parti Bagi Hadapi PRU-13: Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU SELANGOR: Barisan Nasional (BN) masih mempunyai masa untuk memperkukuh dan menguatkan imej parti serta individu yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Naib presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, perpaduan perlu diterapkan di kalangan pemimpin anggota parti serta parti komponen selain penekanan terhadap generasi muda yang merupakan pengundi baru.

"Perdana Menteri selaku Pengerusi BN telah meminta agar beberapa permasalahan yang berlaku di dalam parti serta di kalangan pemimpin dapat diperbaiki dan diselesaikan sebelum PRU-13.

"Kita perlu bertindak dengan segera dalam menyelesaikan masalah dalaman parti lebih awal dan bukannya selepas pembubaran dibuat seperti sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah (AW) Wilayah Felda Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gedangsa, Hulu Selangor di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata sebanyak 38.8 peratus pengundi yang akan mengundi pada pilihan raya umum akan datang adalah mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menggesa anggota parti komponen BN supaya bersatu padu dan bekerja keras untuk memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid turut menyifatkan kenyataan Daim itu sebagai satu peringatan ikhlas yang dilontarkan oleh veteran politik yang memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam parti.

Kenyataan itu katanya harus digarap dan dianalisis dengan lapang dada untuk perbaiki kelemahan yang ada.

Beliau turut menjelaskan langkah yang telah dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak langsung telah menjawab apa yang dilontarkan oleh Daim.

"Rakyat menyambut baik dan menyokong Perdana Menteri serta Timbalannya dalam merealisasikan semua tranformasi termasuk tranformasi politik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan