Bayi Tersedak Susu: Ibu Bapa Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap HSA

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ibu bapa bayi yang meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital itu.

Cassindra Gelungan, 24, dan suaminya Jacbeline Jemmy, 22, mendakwa terdapat kecuaian manusia di pihak hospital itu yang menyebabkan anak sulung mereka Angel Cassandra Jacbeline meninggal dunia.

Cassindra berkata bayinya itu lahir sebulan lebih awal pada 4 Feb dan tidak mengalami sebarang komplikasi selama empat hari selepas itu.

"Bagaimanapun, doktor memberitahu oleh kerana anak kami lahir pramatang, dia perlu diletakkan di bawah perhatian hospital. "Apabila melawat anak kami pada 8 Feb kami dapati ada kesan susu kering pada bibirnya dan mukanya kelihatan pucat," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Nusajaya pada Sabtu.

Beliau mendakwa jururawat menggunakan cawan kecil untuk menyusukan bayinya dan bukan botol susu. Bayi itu juga tidak diletakkan dalam inkubator walaupun lahir pramatang.

"Angel diletakkan hanya semeter daripada kaunter jururawat, bagaimana mereka tidak perasan anak saya tersedak susu. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Rabu lepas kerana menghadapi masalah pernafasan," katanya.

Angel meninggal dunia pada pukul 4.20 petang Khamis dan keluarganya dimaklumkan 25 minit selepas itu.

Cassindra berkata tindakan undang-undang itu dibuat bagi mencari kebenaran di sebalik kematian anaknya itu.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Khairy Yaakob ketika dihubungi berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuh untuk menyiasat kejadian itu.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga berkenaan dan jabatan akan membuat siasatan bagi mencari kebenaran di sebalik kejadian itu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan