Arahan Tingkatkan Keupayaan Penyampaian Wajar Dipatuhi - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menteri-menteri meningkatkan keupayaan sistem penyampaian menggunakan pendekatan lebih berinovatif dan inklusif wajar dipatuhi demi kepentingan rakyat dan imej positif kerajaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata nasihat Perdana Menteri supaya menteri-menteri memastikan pelaksanaan inisiatif kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan memacu pembangunan negara berjalan lancar perlu dilaksanakan sebagai menunaikan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat.

Kerajaan, katanya sentiasa merancang dan melaksanakan progam untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat sehingga sanggup menyediakan peruntukan begitu besar setiap tahun.

"Rakyat yang mengetahui perancangan dan pelaksanaan program kerajaan akan memantau sendiri keberkesanannya mengikut tempoh yang dijanjikan kerajaan. "Memang diakui ada sesetengah program tidak dapat dilaksanakan mengikut masa ditetapkan berikutan masalah teknikal atau kekangan peruntukan, namun ia tidak boleh dijadikan alasan kegagalannya," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu. Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata penjawat awam perlu turut mengambil inisiatif untuk memastikan program kerajaan dilaksanakan dengan lancar.

"Perdana Menteri sering turun padang untuk meninjau keperluan rakyat di samping memantau projek kerajaan yang sedang dilaksanakan.

"Cara ini harus menjadi ikutan menteri dan pegawai tinggi kerajaan supaya semua program kerajaan berjalan lancar dan disenangi rakyat," katanya.

Pada Jumaat, akhbar melaporkan menteri-menteri kabinet menghadiri sesi penilaian petunjuk prestasi utama di kediaman Najib. Keputusan penilaian itu dijangka dihebahkan kepada umum pada April depan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan