Anwar Guna Landasan Antarabangsa Untuk Raih Sokongan Luar

Diterbitkan: Ahad, 12 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang bukan saja menyokong usaha menjaga keselamatan Israel malah menggunakan landasan antarabangsa untuk meraih sokongan luar terhadapnya, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie berkata Anwar berbuat demikian apabila tiada jaminan sokongan dalam negara terhadapnya.

"Kita sedar dan tahu tentang pendirian Anwar dalam isu Palestin ini dan beliau menggunakan landasan antarabangsa untuk meraih sokongan badan antarabangsa.

"Mungkin juga pada masa pilihan raya (umum) akan datang dia akan heret badan antarabangsa untuk mempertikaikan ketelusan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Anwar ketika beliau ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeni PAS menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel, Shafie berkata PAS perlu mengamalkan dasar memperjuangkan Islam, bukan setakat mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk meraih sokongan politik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan