Program Transformasi Bawa Perubahan Sikap Positif Rakyat Perak

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pelbagai program transformasi yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di Perak telah menampakkan perubahan sikap yang positif di kalangan rakyat negeri ini terhadap kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata program yang dilaksanakan itu mampu menambat hati rakyat untuk menyokong BN.

"Dalam tempoh tiga tahun banyak perkembangan yang nyata. Program transformasi yang dibawa BN memberi impak besar dan sikap pengundi juga agak menyebelahi kita," katanya kepada pemberita selepas program Pengurusan Permentoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini, Sabtu.

Beliau berharap BN akan terus dapat mengekalkan kedudukannya di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tengok dah ada petanda-petanda yang lebih positif (untuk pertahan kedudukan). Mereka (rakyat) dapat lihat kesungguhan BN, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan nasib mereka. "Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir buat kerja dengan turun padang bertemu rakyat. Bagi saya trend ini beri harapan yang lebih kepada kita untuk pertahankan kedudukan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pemimpin BN tidak boleh bersenang-senang dan jangan mudah berpuas hati dengan segala perubahan itu. "Dalam keadaan kritikal kita kena kerja berlipat kali ganda. Kita juga perlu pantau apa yang dilakukan pembangkang, apa isu yang dia bawa. "Kita harus beri penjelasan (kepada rakyat). Segala perkara yang timbul pastinya ada penjelasan yang perlu dibuat. Kalau tak jelaskan rakyat akan keliru," katanya.

Beliau turut menasihatkan BN Perak agar melakukan gerak kerja bermula di peringkat bawah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan