NGO Anjur Hari Menutup Aurat Menjelang Hari Kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan menganjurkan hari Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR)bagi mendidik umat Islam menutup aurat.

Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) Asti Toba berkata kempen itu membabitkan 10 NGO dan akan berlangsung dari Sabtu ini sehingga 14 Februari.

GEMAR yang diadakan sejak 2009 ini juga bertujuan mendidik umat Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Asti berkata sepanjang tempoh kempen tersebut, anggota NGO terbabit akan mendekati umat Islam di kawasan sekitar Pantai Jerejak, Bayan Baru dan Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, bagi menyampaikan dakwah.

Katanya tinjauan mendapati dua kawasan terbabit sering menjadi tumpuan umat Islam terutama golongan muda yang bercinta memadu kasih dan melakukan maksiat.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengagihkan tudung secara percuma kepada masyarakat Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan