NFC: Dakwaan 'Tangan Ghaib' Satu Ftinah - Raja Nong Chik

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini berkata dakwaan beliau 'tangan ghaib' yang mendedahkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah satu fitnah.

Katanya dakwaan tersebut juga adalah satu usaha pembangkang untuk memutar belitkan isu NFC selain cuba melemahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dakwaan Raja Petra (Kamarudin) ini merupakan satu fitnah," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pantai Dalam di sini.

Raja Nong Chik mengulas entri terkini pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau antara dalang yang mendedahkan skandal NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Antara lain, Raja Petra turut mendakwa Raja Nong Chik berbuat demikian bagi memastikan peluangnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai tidak digugat Shahrizat yang sebelum ini pernah mewakili kawasan itu sebelum tewas kepada Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum lepas.

Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata pada mesyuarat Umno Bahagian Lembah Pantai baru-baru ini, Shahrizat telah menyatakan keputusan untuk tidak bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai turut menafikan dakwaan penulis blog itu bahawa beliau kini tidak bertegur sapa dengan Shahrizat.

Ditanya sama ada beliau merupakan calon BN bagi Lembah Pantai pada pilihan raya umum akan datang, Raja Nong Chik berkata perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai skim khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL), Raja Nong berkata tindakan itu tidak akan menjejaskan kedudukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada masa ini KWSP masih dalam perbincangan dengan syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan untuk memberikan pinjaman dengan syarat-syaratnya sedang dimuktamadkan, katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata sehingga kini kira-kira 3,000 penduduk Lembah Pantai yang layak telah menerima BR1M dan menasihati mereka yang permohonannya ditolak agar membuat rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan memberi alasan yang munasabah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan