Najib Dijadual Serah Sijil Kewarganegaraan Kepada Pemohon Selasa Ini

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada sebahagian daripada 5,593 pemohon yang telah diluluskan permohonan mereka Selasa ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata majlis penyerahan akan diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)di Cheras, yang merupakan kesinambungan kepada kempen MyDaftar yang telah dimulakan pada Februari tahun lepas.

"Sejumlah 9,529 orang terutamanya rakyat Malaysia berketurunan India telah memohon untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan dan daripada jumlah itu 5,593 permohonan telah diluluskan setakat ini.

"Penyerahan sijil akan dibuat secara berperingkat bermula 14 Februari di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "My Career Fair 2012" di Universiti Malaya (UM) di sini, Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC berkata parti itu telah memaklumkan kepada Najib mengenai keperluan untuk meningkatkan pengambilan masyarakat India sebagai penjawat awam.

Sehubungan itu, jumlah masyarakat India dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan kini dilihat semakin meningkat, katanya.

"Jika dilihat peratusan pemohon berketurunan India adalah tinggi. Ini menunjukkan masyarakat India terutamanya belia India berminat untuk menjadi penjawat awam.

"Saya harap peratusan masyarakat India di sektor awam akan meningkat sehingga tujuh peratus berbanding sekarang dua peratus," katanya.

Mengenai pameran kerjaya itu, Dr Subramaniam berkata kira-kira 30 agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam program sehari itu dan tiga lagi program yang sama akan diadakan di Johor, Selangor dan Perak masing-masing pada 19 Feb, 25 Feb dan 4 Mac. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan