Najib Akan Umumkan Sama Ada Wajar RCI Ditubuhkan Di Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Dompok berkata kabinet telah menyerahkan mandat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang telah mengilhamkan gagasan 1Malaysia, untuk mengumumkan perkara itu.

"Ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah selama ini. Saya telah membangkitkan isu RCI pada mesyuarat kabinet sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, tetapi ia tergantung tanpa sebarang keputusan.

"Saya membangkitkan lagi isu ini pada mesyuarat kabinet terakhir (8 Februari) dan kabinet kemudiannya telah membuat keputusan...Perdana Menteri akan menangani seterusnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kalendar dalam bahasa Kadazandusun di SK Putaton, dekat sini hari ini.

Dompok, yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) diminta mengulas laporan akhbar tempatan hari ini bahawa Najib dijangka akan membuat pengumuman yang amat ditunggu-tunggu berhubung perkara itu semasa lawatan dua hari ke sini mulai 16 Februari ini. Pada Jumaat, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dipetik berkata tidak mustahil Perdana Menteri akan mengumumkan perkara itu di Sabah minggu depan.

Ditanya kemungkinan RCI ditubuhkan sebelum pilihan raya umum, Dompok berkata: "Sudah pasti sebarang Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dibuat sebelum pilihan raya umum kabdiadakan.

"Jika tidak orang ramai akan beranggapan kita melakukannya semata-mata untuk pilihan raya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan