Muhyiddin Lawat Perak Hari Ini

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan sehari ke Perak pada Sabtu, dengan bertemu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini.

Ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada kira-kira pukul 8.30 pagi disambut Zambry dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.

Beliau turut bersarapan pagi di kediaman Menteri Besar.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selepas ini Muhyiddin dijadualkan mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan Umno Perak diikuti perjumpaan dengan Badan Perhubungan BN negeri di Bangunan Umno, di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kemudian dijadual menghadiri majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik negeri Perak di sini.

Timbalan Perdana Menteri mengakhiri lawatannya dengan menghadiri program bersama rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di Teluk Intan.

Sementara itu, Noorainee yang mempunyai jadual berasingan akan bersarapan bersama Badan Amal dan Usaha Isteri (Baiduri) negeri Perak diikuti dengan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak di kediaman rasmi Menteri Besar.

Beliau kemudian dijadualkan melawat wad wanita dan kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan