Kerajaan Selangor Tidak Ambil Berat Pendidikan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengambil berat soal pendidikan anak-anak Selangor terutamanya mereka yang di luar bandar.

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah BN dahulu mengambil inisiatif membela anak-anak Selangor mendapatkan pendidikan lebih baik untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Bila PKR memerintah mereka jadi seperti tikus membaiki labu bukan hendak membaiki tetapi menjahanamkan lagi struktur yang telah kita (BN) bina, mereka hendak robohkan asrama (yang dibina Yayasan Selangor) itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Harun di sini, Sabtu.

Katanya kerajaan BN dahulu menubuhkan Yayasan Selangor bagi membantu murid di luar bandar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mendapatkan kemudahan pendidikan lebih baik di sekolah ternama di Kuala Lumpur seperti SMK St John, Victoria Institution dan beberapa sekolah elit lain.

"Anak-anak Selangor yang mendapat tajaan Yayasan Selangor ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur tetapi apa yang menyedihkan kini adalah pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil," kata Noh, yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata mulai tahun ini, Yayasan Selangor juga tidak mengambil pelajar Tingkatan Satu untuk bersekolah di Kuala Lumpur tetapi menaja pelajar untuk ditempatkan di asrama-asrama daerah dan di sekolah berhampiran.

Beliau berkata jika pelajar-pelajar ini ditempatkan di asrama-asrama daerah, pendedahan dan persaingan di dalam pelajaran tidak sama sebagaimana mereka bersekolah di St John Institution ataupun Victoria Institution dan ini bertentangan dengan matlamat asal penubuhan Yayasan Selangor.

Noh berkata Yayasan Selangor mendakwa organisasi itu kekurangan dana untuk membiayai operasi persekolahan dan penginapan pelajar tajaan mereka tetapi beliau difahamkan pada 2009 Yayasan Selangor mempunyai dana sebanyak RM80 juta.

Selain itu, Universiti Selangor (UNISEL) yang ditubuhkan semasa kerajaan negeri di bawah BN kini didakwa menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah pendaftaran baru pelajar ke universiti itu.

Beliau mendapat maklum balas bahawa ibu bapa kini berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke UNISEL berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.

Sudahlah begitu, kata Noh usaha Kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru di Serendah untuk meningkatkan tahap pendidikan tinggi anak-anak Selangor juga dihalang kerajaan negeri mengakibatkan projek itu dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Noh turut mempersoalkan janji kerajaan negeri untuk membantu rakyat dalam bidang pendidikan berikutan sumbangan RM1,000 untuk anak-anak masuk ke universiti, yang dijanjikan sebelum pilihan raya umum ke-12, tidak dinikmati semua mereka yang layak. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan