28,000 Rakyat Kelantan Sudah Terima BR1M

Diterbitkan: Sabtu, 11 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Seramai 28,000 rakyat di Kelantan sudah menerima bantuan di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan peruntukan RM1.4 juta sejak skim itu dilancarkan 10 Januari lepas.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Datuk Makhtar Mustapha berkata mereka adalah daripada 198,000 permohonan yang telah diluluskan untuk menerima bantuan tersebut sebanyak RM500 seorang.

"Jumlah penerima ini masih kecil jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan untuk membantu 300,000 ketua keluarga yang berpendapatan bawah RM3,000 di negeri ini," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Makhtar berkata mereka yang layak tetapi belum mengemukakan permohonan perlu segera menyerahkan permohonan kepada JPPK atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Kita sedang melancarkan program pengagihan bantuan ini setiap hari di semua kawasan dengan kerjasama penghulu dan penggawa yang dilantik.

"Kita menjangkakan program ini dapat diselesaikan sehingga Mac ini termasuk menyemak semula permohonan rayuan oleh individu yang ditolak permohonan mereka sebelum itu," katanya.

Makhtar berkata borang rayuan yang lengkap diisi dengan melampirkan dokumen yang diperlukan perlu diserahkan segera kepada jabatannya atau LHDN untuk semakan semula. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan