Najib Tiba Di Negeri Sembilan Untuk Lawatan Sehari

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pagi Jumaat untuk lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 9 pagi dengan helikopter di Padang Awam Seri Menanti dekat sini, disambut Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumudin.

Najib dan Rosmah kemudiannya menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Mereka meninggalkan istana pada 10 pagi untuk ke majlis penyerahan surat tawaran memiliki rumah projek penempatan semula penduduk di Kampung Abok, Rahang di sini.

Pada tengah hari, Najib dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pemimpin Barisan Nasional negeri di sebuah hotel terkemuka di sini, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sikamat.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan menyertai majlis menyambut ulang tahun ke-50 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012 di Padang Majlis Perbandaran Seremban. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan