Khazanah & PNB Lupus Perniagaan Bukan Teras - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini memutuskan untuk meminta Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) melupuskan syarikat-syarikat yang dianggap bukan teras, untuk ditadbir dan diserah milik kepada syarikat Bumiputera menerusi proses tender terbuka.

Najib berkata setakat ini lima syarikat dari Khazanah dan lima dari PNB sudah dikenal pasti untuk tujuan pelupusan itu.

"Syarikat-syarikat Bumiputera akan libatkan, dan syarikat terbaik, kukuh, yang mempunyai kemampuan, boleh memiliki syarikat-syarikat tersebut, yang seterusnya dapat menambah nilai ekuiti Bumiputera," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media di sini, selepas mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung selama kira-kira dua jam di Bilik Mesyuarat Perdana di sini.

Agenda Pembangunan Bumiputera merupakan antara perkara yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang digerakkan Jun lepas, yang bertujuan menggubal polisi, hala tuju strategik serta memantau keberkesanan pelaksanaan program serta inisiatif yang berkaitan dengan agenda pembangunan Bumiputera.

Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan untuk menambah 50 lagi syarikat Bumiputera dalam program Teras yang diterajui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), menjadikan kini 80 syarikat terpilih sebagai syarikat Teras, yang menjana pendapatan keseluruhan RM5 bilion.

Beliau berkata syarikat-syarikat ini sudah melalui proses penilaian serta penarafan, dan dikenal pasti berpotensi untuk berkembang lebih maju lagi.

"Konsepnya ialah kita janjikan setiap syarikat ini semestinya mendapat kontrak kerajaan, tetapi lebih bertumpu kepada usaha membina keupayaan syarikat-syarikat tersebut dari segi keupayaan pengurusan, keupayaan teknikal dan kewangan, dan membantunya dari segi inovasi danmenampilkan pelan perniagaan yang boleh memberi penambahbaikan menerusi peranan yang dimainkan kerajaan," katanya.

Najib berkata mesyuarat itu turut memutuskan e-kerajaan, di mana banyak produk-produknya yang boleh dipasarkan ke luar negara.

"Kita akan bawa syarikat-syarikat Bumiputera untuk mengguna pakai aplikasi yang dibangunkan untuk dipasarkan di luar negara," katanya.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan mengenai ekonomi Malaysia dalam situasi ekonomi dunia semasa, Najib berkata ekonomi negara teguh dan dalam sasaran untuk mencapai unjuran pertumbuhan 2011 manakala untuk 2012, kerajaan kini memantau keadaan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengekalkan atau menyemak semula sasaran pertumbuhan tahun ini.

Pada sidang media itu juga Najib mengumumkan pelantikan Raja Azura Raja Mahayuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Beliau berkata mesyuarat hari ini turut mengenal pasti skop perjalanan Yayasan yang dilancarkan tahun lepas itu, yang menurutnya sudah memperoleh komitmen RM158 juta daripada pelbagai syarikat untuk menjayakan matlamat Yayasan itu.

"Skop yayasan ini ialah memberi tumpuan kepada nilai tambah Bumiputera yang telah mendapat kelulusan, contohnya kita dapati ramai yang lulus bidang perakaunan di peringkat sarjana muda, tapi tidak meneruskan pengajian mereka ke tahap profesional," katanya.

Menurutnya pelajar yang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta tapi tidak berkemampuan juga akan dibantu.

"Pelajar miskin dan sederhana, tapi mencapai keputusan yang baik, umpamanya 7A di peringkat SPM, tapi selepas melalui pengajian peringkat A level atau peringkat antarabangsa, mereka nanti boleh diterima masuk ke universiti-universiti terkemuka dunia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan