Kerajaan Selangor Masih Berhutang Subsidi Air Kepada Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (Adun)Batang Kali Datuk Mohd Isa Abu Kassim hari ini mendakwa kerajaan negeri Selangor gagal menunaikan janjinya kepada rakyat apabila ia berhutang subsidi air percuma kepada penghuni-penghuni unit pangsapuri dan kondominium di seluruh negeri ini.

Beliau mendakwa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri di seluruh Selangor yang belum menikmati subsidi air percuma kerana mereka masih menggunakan meter air pukal dan bukannya meter individu.

Adun Barisan Nasional (BN) itu, yang dipertanggungjawabkan memantau isu air di negeri ini, berkata jika semua penghuni kondominium dan pangsapuri menukar kepada meter individu, akan berlaku pertambahan sebanyak 350,000 akaun baru bagi meter individu di negeri ini.

Walaupun kerajaan negeri mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal, hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini, dakwanya pada sidang media di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Iskandar Abdul Samad berkata skim kupon itu, yang dianggarkan RM24.4 juta, dilaksanakan mulai Jun tahun lepas dan melibatkan 620 pangsapuri kos rendah membabitkan 168,479 unit kediaman yang masih menggunakan meter pukal.

Mohd Isa juga berkata masalah kekurangan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka berlaku pada 2014 ekoran kelewatan penyiapan Loji Air Langat 2.

Perangkaan di Selangor menunjukkan sejak 2005, penggunaan air oleh penduduk negeri ini meningkat sebanyak 3.5 peratus setahun dan kadar itu dijangka bertambah setiap tahun dengan peningkatan bilangan penduduk dan industri, katanya.

"Untuk 2012, keperluan air dijangka meningkat ke 4,354 juta liter sehari pada penghujung tahun dan kapasiti bekalan air semasa adalah 4,326 juta liter sehari," katanya.

Jika Loji Langat 2 dibina, katanya kapasiti bekalan air bersih dapat ditingkatkan sebanyak 1,130 juta liter sehari dan bakal mampu menampung permintaan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya kerajaan negeri Selangor semasa di bawah BN sudah menjangkakan peningkatan keperluan air mentah dan bagi mengelakkan daripada krisis air di Lembah Klang, ia mengambil langkah untuk membina Loji Langat 2 bagi memproses bekalan air mentah dibeli dari Pahang.

"Langkah kerajaan negeri sekarang yang seolah-olah melengah-lengahkan pembinaan Loji Langat 2 nampaknya bermotifkan politik dan memperjudikan kebajikan rakyat Selangor," katanya.

Sementara itu wakil penduduk Apartmen Mawar, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung Mohd Ali Mohd Ahsan, 39, yang turut hadir pada sidang media itu melahirkan kekecewaannya kerana masih belum menikmati kemudahan air percuma daripada kerajaan negeri.

Menurutnya bukan semua penduduk Selangor dapat menikmati air percuma dan mendakwa kupon air tidak diberikan kepada penduduk yang menyokong BN dan mereka yang "di atas pagar". -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan