Jenazah Pegawai ATM UNIFIL Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menziarahi jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Interim Force atau UNIFIL) di Lubnan, Lt-Kol Habibullah Ismail di rumah Allahyarham di Jalan Kuala Kedah di sini, Jumaat.

Baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit di rumah pegawai Angkatan Tentera itu (ATM) di Lorong Madrasah, Tambak Bunga dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sebelum kembali ke Istana Anak Bukit.

Lt-Kol Habibullah, 42, meninggal dunia pada 6 Februari lepas di Hospital Jabal Amel, Tyre, Lubnan kira-kira pukul 3.30 petang waktu Lubnan (8.30 malam waktu Malaysia) akibat sakit jantung.

Jenazah Allahyarham sampai dengan pesawat komersial Qatar dari Lubnan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 8.30 malam tadi, dan diterbangkan dengan pesawat C-130 Tentera Udara ke Alor Setar selepas itu setelah sembahyang jenazah di Masjid Pangkalan Udara Subang.

Sebelum itu ketibaan baginda disambut Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Jenazah Allahyarham sekali lagi disembahyang di Masjid Tambak Bunga yang diimamkan abang sulungnya, Fathullah Ismail, 52, dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambak Bunga pagi ini.

Allahyarham ialah Pegawai Memerintah 23 Rejimen Askar Melayu (RAMD) di Ipoh, Perak, menyertai UNIFIL mulai 14 Nov 2011 sehingga tamat misi pada 13 Nov 2012.

Allahyarham yang dilahirkan di Alor Setar pada 3 Jan 1970 di Alor Setar meninggalkan seorang isteri, Maryani Mahadzir dua anak lelaki berumur 13 dan 9 tahun serta seroang anak perempuan berumur 6 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan