DRB Hicom Belum Sahkan Siapa CEO Proton

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan (MD) DRB Hicom Bhd Group, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, menolak spekulasi yang mengatakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu telah disahkan untuk menerajui Proton Holdings Bhd.

"Saya memang sudah memikirkan pembentukan pengurusan baharu (bagi Proton) tetapi buat masa ini saya tidak boleh mendedahkannya," kata beliau.

Justeru itu, kata Mohd Khamil, beliau terkejut apabila satu nama tertentu disebut-sebut melalui media sebagai orang yang akan dilantik sebagai CEO dan telahpun disahkan oleh DRB Hicom.

"Saya belum lagi mengesahkan sesiapa pun sebagai CEO," katanya kepada pemberita pada upacara menandatangani perjanjian kerjasama antarabangsa antara Liverpool John Moores University dengan Kolej Automotif Antarabangsa di sini, Khamis.

Bulan lepas, DRB Hicom mengumumkan cadangan pembelian 42.74 peratus kepentingan ekuiti dalam Proton daripada Khazanah Nasional Bhd dengan harga RM1.3 bilion tunai dan tawaran am mandatori bagi baki saham Proton dengan harga RM5.50 sesaham.

Mohd Khamil berkata beliau belum menemui pengurusan Proton secara rasmi untuk membincangkan masa depan pembuat kereta nasional itu.

Kata beliau, DRB Hicom perlu menyelesaikan proses pembelian itu sebelum membincangkan hala tujunya pada masa akan datang secara terperinci.

Ditanya sama ada pemegang saham akan memberikan tindak balas positif terhadap janji niaga itu, Mohd Khamil berkata pemegang saham bertolak ansur.

"Mereka telah menyuarakan sokongan terhadap keputusan untuk mengambil alih Proton dan saya berharap mereka akan juga menyokong dan bersetuju dengan keputusan kami itu pada mesyuarat agung luar biasa nanti." Tentang sama ada DRB-Hicom akan menjual unit Proton, Lotus Group, yang mengalami kerugian, beliau berkata syarikat itu perlu mendapat akses dan mengkaji Lotus kerana ia adalah satu daripada unsur penting Proton. "Kami perlu membuat perkiraan dan membuat keputusan setelah menilai (segala aspek)," katanya sambil menambah bahawa beliau tidak boleh menjualnya tanpa mengetahui perincian tentang Lotus dan bagaimana kedudukannya dalam rancangan masa depan DRB Hicom.

Menyentuh tentang rancangan DRB-Hicom bagi kilang Proton di Tanjung Malim yang kurang penggunaan kapasitinya, Mohd Khamil berkata perlu ada langkah-langkah rasionalisasi bukan pemaksimuman.

"Untuk memaksimumkan kapasiti tidak sukar, seperti yang kami lakukan di kilang automotif kami di Pekan, Pahang.

"Tetapi sebagai sebuah pembuat kereta, kami perlu bukan sahaja mengkaji untuk memaksimumkan kapasiti, malah juga mengkaji pengeluaran dan mengeluarkan kereta yang sesuai dengan DNA Proton," tegas beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan