3.5 Juta Rakyat Malaysia Hidap Hipertensi Senyap

Diterbitkan: Jumaat, 10 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap hipertensi.

Penghidap hipertensi senyap itu dikesan melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan secara rawak dalam masyarakat setiap empat tahun sekali.

Mendedahkan penemuan tersebut hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata hanya 2.3 juta yang datang mendapatkan rawatan hipertensi di klinik di seluruh negara.

"Kita meminta semua rakyat Malaysia kerap memeriksa tahap tekanan darah mereka sebab ada yang menghidap hipertensi tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit itu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Mesyuarat Tahunan Saintifik Kesembilan Persatuan Hipertensi Malaysia, di sini, Jumaat.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas digalakkan menjalani ujian saringan faktor risiko NCD (penyakit tidak berjangkit) setiap tahun.

Katanya kemudahan yang sedia ada di seluruh negara iaitu di 813 Klinik Kesihatan dan juga 150 Klinik 1Malaysia mampu untuk membantu sesiapa sahaja untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah.

"Kesan secara awal dan diberi rawatan penting kerana hipertensi adalah faktor risiko nombor satu di dunia bagi penyakit kardiovaskular, iaitu strok dan serangan jantung menyumbang kepada 17.5 juta kematian pramasa di seluruh dunia," katanya.

Mengulas mengenai skim penjagaan kesihatan 1Care For 1Malaysia, Dr Hasan berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada skim tersebut yang memberi fokus kepada penjagaan kesihatan yang baik untuk faedah semua rakyat Malaysia.

"Pihak kementerian menyedari sensitivi rakyat dan mengalu-alukan komen daripada rakyat, lebih baik untuk menerima kritikan sekarang daripada selepas sistem itu dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata pelan tindakan skim itu dijangka siap menjelang tahun depan, sambil menambah bahawa masih terdapat kemungkinan rancangan itu tidak akan diluluskan kerana hanya kerajaan boleh membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak.

Mengenai laporan bahawa orang awam perlu menyumbang 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka terhadap rancangan itu, Dr Hasan berkata ia hanya salah satu cadangan yang dibincangkan dalam merangka pelan skim tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan