Rafizi Perlu Fokus Tiga Isu Besar Di Selangor:Wan Shahinur

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh menasihatkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli supaya memberi fokus kepada tiga kes yang lebih besar di Selangor yang mendapat perhatian rakyat seperti yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin dalam portal Free Malaysia Today.

Menurut Wan Shahinur, Rafizi yang turut memegang jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor perlu memberi tumpuan kepada kes rasuah, sindiket curi pasir, dan satu kes pembunuhan yang berprofil tinggi yang berlaku di Selangor.

"Ketiga-tiga kes tersebut menjejaskan kerajaan Selangor dan sepatutnya diberi perhatian oleh Rafizi berbanding isu berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional yang diluar bidang kuasanya," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Penulis blog terkemuka, Raja Petra pada Rabu berkata bahawa beliau mempunyai segala bukti rasuah yang berlaku di Selangor, sindiket curi pasir termasuk mengenai satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang yang bergelar datuk.

"Pembaca boleh mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara tersebut di blog Raja Petra," kata Shahinur.

Tambah Wan Shahinur, Rafizi sepatutnya membuat laporan polis berhubung ketiga-tiga isu tersebut yang berlaku di Selangor.

"Dia sepatutnya menasihati kerajaan negeri daripada membuat tuduhan tidak berasas terhadap NFCorp," katanya lagi.

Beliau berkata, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagaimanapun telah menjelaskan bahawa laporan audit 2010 tiada kaitan dengan NFCorp kerana ia merupakan sebuah syarikat swasta.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan