Peralihan Kepimpinan MIC Di Perak Perkukuh Kedudukan Hadapi PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peralihan kepimpinan MIC di negeri Perak kepada presiden parti di lihat sebagai satu lagi gerakan positif untuk terus memperkukuh kedudukan MIC dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa sekarang.

Jaminan ini sebagai menafikan spekulasi kononnya terdapat masalah dalaman parti di negeri itu berikutan peralihan kepimpinan daripada pemimpin veteran Datuk S. Veerasingam.

Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau yakin keputusan itu dapat meraih sokongan lebih mantap kaum India untuk menghadapi pilihan raya.

Sebagai presiden beliau memang mempunyai kuasa mutlak bagi mengambil alih kepimpinan mana-mana negeri tanpa merujuk atau berunding dengan mana-mana pihak termasuk Jawatankusa Kerja Pusat parti itu.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, juga Menteri Sumber Manusia yang turut menjelaskan peraturan itu berkata, Palanivel pasti mempunyai sebab dan alasan tertentu bagi mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan MIC negeri yang disandang oleh Veerasingam.

"Daripada sistem kita (MIC), presiden tak perlu berunding dengan mana-mana pihak. Presiden mesti ada sebab dan alasan untuk mengambil tindakan itu," jelas Dr Subramaniam.

Langkah itu bukan sesuatu yang baru, malah ia telah dipraktikkan dalam Umno, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno menerajui UMNO Selangor selepas Pakatan Rakyat menang di negeri itu dalam PRU ke-12 pada 2008.

Di bawah kepimpinan Najib, terbukti Umno Selangor kini mendapat semangat dan wajah baru sekaligus berjaya meraih kepercayaan dan keyakinan semua lapisan masyarakat di negeri itu.

Kepimpinan Najib juga memberi harapan baru kepada BN Selangor untuk merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Veerasingam yang juga Penasihat Khas kaum India kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerima keputusan itu secara positif, dengan berkata peralihan kuasa itu mampu meningkatkan sokongan rakyat terutama kaum India terhadap MIC.

Melihat kembali keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, MIC hanya memenangi tiga kerusi Parlimen daripada sembilan yang ditandinginya berbanding menang seratus peratus pada pilihan raya ke-11 pada 2004.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pula MIC hanya memenangi tujuh daripada 19 kerusi yang dipertandingkan.

Pengalaman pahit dan keputusan di luar jangkaan pada PRU ke-12 mengingatkan MIC bahawa apa yang dilaksanakan selama ini adalah tidak mencukupi, justeru banyak lagi perubahan dan pembaharuan perlu dilaksanakan bagi mengubah nasib dan masa depan masyarakat India sekaligus memenangi hati mereka.

Selaras dengan aspirasi dan kehendak masyarakat India, MIC di bawah kepimpinan Palanivel telah menyaksikan pelbagai perubahan dan pembaharuan bagi menarik semula sokongan masyarakat India yang suatu ketika dahulu merupakan penyokong setia BN. Bagi menjayakan segala agenda pembangunan itu, Dr Subramaniam dan semua lapisan pemimpin MIC kini bersikap optimistik dan sehaluan dengan presiden tanpa wujudnya 'Team A' atau 'Team B' seperti dahulu.

Keputusan beberapa pilihan raya kecil selepas PRU ke-12 juga telah membuktikan bahawa sokongan masyarakat India kembali kepada MIC dan BN.

Justeru adalah bijak sekiranya anggota MIC terus membuktikan bahawa parti itu masih relevan dan unggul mewakili masyarakat India dalam kerajaan, tanpa perlu mereka membesar-besarkan isu-isu remeh. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan