Penubuhan Jati Tidak Ancam Perkasa

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jati yang akan dilancarkan pada 21 Februari ini bukan satu ancaman buat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tetapi disifatkan lebih kepada memperjuangkan hak-hak yang berkaitan dengan Islam, Melayu dan institusi raja-raja di negara ini.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, penubuhan Jati kelak akan menjadi lebih bermakna kerana ia memantapkan IMR – singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi raja-raja.

“Ia juga ‘meringankan’ tugas Perkasa yang selama ini memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

“Saya tidak menyatakan hanya Perkasa yang selama ini memperjuangkan hak-hak berkenaan kerana masih terdapat NGO-NGO lain tetapi suara kita dilihat lebih lantang.

“Penubuhan Jati nanti, akan menjadikan suara perjuangan ini bertambah lantang dan pastinya diharapkan yang lebih baik dan memantapkan lagi perjuangan itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Khamis.

Beliau mengulas mengenai satu tulisan dalam ruangan pendapat dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang menyatakan bahawa penubuhan Jati oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali seolah-olah mengancam Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan NGO itu yang sebelum ini seperti telah memonopoli kumpulan orang Melayu.

Hasan sebelum ini mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk ‘kuasa ketiga’ yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Syed Hassan berkata, pada masa ini Perkasa tidak menyatakan hasratnya untuk bergabung dengan Jati namun sebaliknya sudi memberikan kerjasama dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan antara kedua-dua NGO itu.

“Pada masa ini, Perkasa belum terfikir untuk bergabung. (Malah) belum ada berjumpa untuk berbincang (dengan Hasan) secara langsung.

“Namun, sebagai NGO, Perkasa akan membantu untuk menguatkan lagi perjuangan tersebut," katanya.

Ketika ditanya sama ada Perkasa akan turut serta atau tidak dalam pelancaran Jati pada 21 Februari ini, Syed Hasan berkata, NGO itu hanya akan hadir sekiranya mendapat jemputan secara rasmi.

Beliau menjelaskan, majlis pada 21 Februari itu hanya sebagai satu pelancaran dan belum lagi ditubuhkan secara rasmi namun Perkasa sudi memberi sokongan.

“Kita memberi sokongan (kepada Jati) atas dasar memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja di negara ini,” katanya lagi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan