Penggunaan Dakwat Kekal Akan Diwartakan 15 Februari Ini

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diwartakan pada 15 Februari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata, ia merupakan antara cadangan-cadangan yang akan dilaksanakan dalam PRU-13 dan PSC telah menerima laporan balik daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Laporan interim telah diperakui oleh SPR untuk dilaksanakan secepat mungkin.

"Penggunaan dakwat kekal sudah di peringkat terakhir dan menunggu saja ia untuk diwartakan sebelum ia selesai dan siap sedia untuk dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama PSC dan SPR di Parlimen di sini, Khamis.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara tujuh cadangan yang akan dilaksanakan oleh PRU-13 di mana sebelum ini 10 cadangan dalam laporan awal oleh jawatankuasa itu telah dibahas dan diterima oleh Parlimen.

Maximus berkata, selain itu orang kelainan upaya (OKU) juga boleh mendapatkan wakil mereka untuk membantu untuk mengundi.

"Wakil mereka perlu mempunyai pertalian keluarga untuk membantu membuat pengundian," katanya.

Menurut Maximus, antara lain yang diterima oleh SPR adalah tiada bantahan dalam penamaan calon dan tiada "cooling off period" atau tempoh tenang untuk calon yang bertanding.

"Ini memerlukan perubahan pada peraturan. Secara automatik, calon tidak boleh menarik diri. Kita mahu calon yang benar-benar serius.

"(Perkara) ini dijangka selesai pada minggu pertama April.

"Dengan ini, diharapkan ia dapat dilaksanakan pada PRU-13 akan datang," katanya lagi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan