PAS Sedia Timbang Kerjasama Dengan Zaid Ibrahim - Nik Aziz

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: PAS bersedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Datuk Zaid Ibrahim jika beliau membubarkan Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) yang diketuainya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini kerana partinya boleh bekerjasama dengan mana-mana pemimpin parti politik, demi kepentingan masa depan PAS.

"Kalau dengan Cina, India, kita boleh kerjasama, tidak ada sebab kita tak boleh bekerjasama dengan Zaid," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Suami

Isteri di Balai Islam di sini, Khamis.

Zaid melalui blognya baru-baru ini, menyatakan hasrat untuk membubarkan parti itu, walapun mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin lain dalam parti berkenaan.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan muktamad berhubung kerjasama dengan Zaid itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti. Mengenai cadangan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang mahu Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub bertanding di Johor untuk mengukuhkan kedudukan parti pakatan pembangkang di negeri itu, Nik Abdul Aziz berkata ia terserah kepada Salehuddin dan pucuk pimpinan parti membuat keputusan.

Salehuddin yang kini adalah anggota Parlimen Kubang Kerian, dalam laporan akhbar hari ini, berkata beliau tidak berhasrat menjadi Menteri Besar Johor, walaupun sudah berkhidmat lebih 30 tahun dalam parti itu.

Beliau dipetik berkata apa yang penting baginya ialah kemenangan dalam pilihan raya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan