NFCorp Tidak Salah Guna Dana Pinjaman

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dalam satu kenyataan pada Khamis menegaskan perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 6 Disember 2007 antara NFCorp dengan kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan telah melihat pemindahan dana tersebut ke dalam satu akaun pinjaman khas bagi tujuan pengiriman dan pembayaran balik kemudahan pinjaman tersebut.

“Pinjaman tersebut perlu dibayar balik pada kadar 2 peratus sepanjang tempoh perjanjian. Justeru isu NFC bagi menguruskan serta menyelesaikan pinjaman berjumlah RM250 juta adalaj tanggungjawab syarikat yang mentadbir dan menguruskannya.

“Syarikat swasta yang dilantik juga perlu membuat keputusan terbaik untuk tempoh jangka pendek dan panjang demi menjamin kepentingan syarikat berkenaan pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir.

Operasi NFCorp berteraskan perjanjian pinjaman komprehensif yang digariskan mengikut syarat dan terma termasuk dalam isu NFC.

“Amaun yang dipindahkan daripada akaun pinjaman khas adalah muktmad dan tidak boleh dikembalikan. Kadar faedah dana akaun pinjaman khas tersebut tidak boleh dikurangkan walaupun jumlah pinjamannya bernilai RM250 juta.

“Pada pengetahuan saya, tidak ada pihak lain yang dipertanggungjawabkan untuk membayar balik setiap perjanjian pinjaman yang kami tandatangani, justeru kami menafikan bahawa dana berkenaan telah disalahguna. Ia bukan geran atau wang yang diperoleh secara percuma sebaliknya ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar balik,” tegas Izmir.

Berhubung pelaburan jangka pendek yang dibuat, beliau berkata NFC berhak mengekalkan dana untuk melabur demi menjamin kepentingan syarikat pada masa hadapan dan perjanjian pinjaman yang dibuat tidak menyatakan apa-apa larangan dalam urusan pelaburan yang dijalankan.

“Dengan adanya rumah penyembelihan, jumlah pengeluaran eksport daging lembu dapat ditingkatkan dan mampu meningkat hingga 500 ekor lembu sehari.

"Peladang kontrak yang terlibat dengan Program Pembangunan Ushawan dan NFCorp dijangka dapat mencapai sasaran 246,000 lembu berjaya dipelihara menjelang 2015 dan negara dijangka mampu memenuhi keperluan negara dengan menghasilkan 44,000 tan metrik daging lembu,” katanya.

Jelasnya, pembangkang tidak boleh mendakwa NFCorp telah menyalahgunakan dana awam kerana ia sengaja digunakan serta senjata politik untuk menipu rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan