Muhyiddin Lawat Perak Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Perak pada Sabtu ini dan dijadual bertemu warga pendidik, pemimpin masyarakat dan rakyat.

Menurut kenyataan E-Press Jabatan Penerangan negeri pada Khamis, beliau dijadual mengadakan pertemuan tertutup dengan semua anggota Badan Perhubungan Umno Perak dan Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) negeri di Bangunan Umno pada sebelah pagi.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kemudian dijadual berdailog dengan Guru Mentor negeri Perak pada majlis di sebuah hotel di sini.

Pada sebelah petang pula, Timbalan Perdana Menteri akan bersama-sama dengan rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di Teluk Intan.

Sementara itu, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang mempunyai jadual berasingan akan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak di kediaman rasmi Menteri Besar.

Beliau kemudiannya akan melawat wad wanita dan kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan