Lepasan SPM, STPM Boleh Memohon Pinjaman AUCMS Untuk Kursus Perubatan

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang gagal memperoleh biasiswa bagi mengikuti kursus perubatan hari ini dipelawa memohon pinjaman dana Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).

AUCMS dalam satu kenyataan pada Khamis berkata kolej perubatan itu mempunyai dana sebanyak RM50 juta untuk pinjaman pengajian dan pelajar lepasan SPM yang berminat perlu memperoleh sekurang-kurangnya B+ dalam semua subjek Sains manakala lepasan STPM atau Matrikulasi hanya perlu melepasi tiga pointer.

Bagi kelulusan SPM yang layak boleh memohon kursus setahun pra-perubatan AUCMS manakala lepasan STPM, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya boleh terus mengikuti ijazah perubatan dengan pinjaman dana AUCMS atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Kenyataan itu juga berkata pelajar yang lulus dengan cemerlang pula boleh memilih untuk melanjutkan ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (MD UKM di AUCMS) atau program-program berkembar dengan University College Cork di Ireland, National University Ireland di Galway dan Universitas Sumatera Utara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh melayari laman web AUCMS www.allianzeunicollege.edu.my. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan