Kematian Rakyat Malaysia Di Filipina: Tunggu Keputusan Ujian DNA - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hanya keputusan ujian DNA dapat mengesahkan kematian rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh akibat serangan ke atas persembunyian kumpulan Abu Sayyaf, di Sulu, wilayah selatan negara itu Rabu lepas.

"Ia agak rumit. Mereka yang terselamat dalam serangan itu mungkin mengebumikan mereka yang terkorban. Kami perlu memadankan DNA dan ia merupakan satu proses yang panjang dan teliti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Pesuruhjaya Mengenai Perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) Erika Feller di pejabatnya di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata orang ramai kadang-kala tidak memahami proses pemadanan DNA yang perlu dilalui oleh pihak berkuasa seperti polis dan kementerian apabila insiden seumpamanya berlaku. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan