Kajian Siswazah Kejururawatan Gagal Dapat Kerja Akan Dibuat - Khaled Nordin

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Terdapat satu keperluan mendesak agar kajian dilakukan mengapa ramai siswazah kejururawatan tempatan gagal memperolehi pekerjaan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kajian berhubung perkara itu adalah penting, katanya pada Persidangan Penyelidikan Kejururawatan Antarabangsa Kedua anjuran Jabatan Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rohani Abdullah ketika merasmikan persidangan dua hari itu.

Mohamed Khaled berkata jabatan itu berusaha ke arah meningkatkan kualiti kejururawatan di dalam negara agar mencapai taraf dunia. Salah satu pendekatannya, beliau berkata adalah menggalakkan penyelidikan kejururawatan dan menggunakan penemuan penyelidikan dalam amalan kejururawatan.

Menyentuh tema persidangan itu, 'Akses Untuk Kesihatan Berkualiti Melalui Penyelidikan', menteri itu berkata penyelidikan adalah satu daripadan elemen dan mekanisme penting ke arah mencapai masyarakat inovatif dalam pelbagai bidang termasuk kejururawatan.

Persidangan itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 fakulti berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan