JK Khas Kaji Kemerosotan Pelajar Terhadap Jurusan Sains Ditubuhkan

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Satu jawatankuasa khas ditubuh bagi mengkaji punca serta penyelesaian kepada masalah kemerosotan minat pelajar untuk mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah.

Arahan penubuhan jawatankuasa itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran pada Rabu.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jawatankuasa khas itu diminta mengkaji secara menyeluruh termasuk memikirkan langkah bagi mencapai sasaran 60 peratus pelajar sains dan 40 peratus sastera.

Kementerian memandang serius isu kemerosotan minat pelajar dalam bidang sains dan matematik iaitu hanya 37 peratus dalam bidang sains dan 29 peratus sahaja bagi sains tulen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bertemakan 'Transformasi Pendidikan' di sini, Khamis.

Beliau berkata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud diberi tanggungjawab berhubung penubuhan jawatankuasa berkenaan yang akan menyiapkan laporan terperinci mengenai perkara itu. Bagaimanapun, tiada tempoh tertentu diberi untuk jawatankuasa berkenaan menyiapkan laporan itu, katanya.

Pada 26 Januari lepas, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendedahkan minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal.

Beliau berkata lebih membimbangkan sejak 2007, peratusan pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus yang mana ia berterusan ke tahap universiti.

Terdahulu, Mohd Puad berkata Ketua Pengarah Pelajaran juga diminta menyediakan satu laporan penambahbaikan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kritis dan kreatif serta penguasaan bahasa Inggeris.

"Kita cukup hairan, pelajar kita berbelas tahun belajar bahasa Inggeris di sekolah tetapi tidak boleh menguasainya dengan baik, sedangkan mereka yang mengambil kursus intensif bahasa Inggeris jangka pendek seperti pemandu pelancong di China boleh menguasainya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan