Jab. Audit Negara Sudah Berusia 100 Tahun & Tahu Jalankan Kerja

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Audit Negara sudah pun berusia 100 tahun dan tahu menjalankan kerja pengauditan bagi semua jabatan serta agensi secara profesional mengikut standard kualiti antarabangsa tanpa bersikap prejudis, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Beliau berkata, juru audit di bawah institusi yang berusia kira-kira 100 tahun itu diyakini melaksanakan tugas berdasarkan standard latihan yang tinggi selain kualiti kerja yang boleh dipertahankan.

"Saya yakin kami tidak terkeliru dengan tugas kami kerana institusi audit ini sudah berusia 100 tahun. Kita ada standard dan kita yakin dengan apa yang kita cakap di atas mementingkan kebenaran berdasarkan pemeriksaan fakta dan dokumen yang disemak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Asean Supreme Audit Institution (ASEANSAI) di sini Rabu. Mesyuarat selama dua hari berakhir esok itu dirasmikan oleh Pengerusi ASEANSAI yang juga Ketua Audit Indonesia Drs Hadi Poernomo.

Ambrin berkata demikian bagi mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang turut mengaitkan Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang mendapat perhatian ramai kerana kegagalan memenuhi matlamat penubuhannya.

Ambrin berkata, Laporan Audit Negara adalah bersifat telus kerana boleh diakses menerusi laman web jabatan itu, namun pihaknya tidak dapat mengawal mana-mana pihak menggunakan laporan itu untuk tujuan tertentu.

Beliau mengesyorkan agar semua pihak membaca laporan itu sepenuhnya untuk memahami kandungan sebenar kerana pengauditan dibuat secara bebas dan profesional.

"Kadang-kadang apa yang kita tidak cakap, mereka kata kita cakap...itu yang jadi masalah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan