Hasan Ali Jangan Cakap Main Sedap Mulut Sahaja - Khalid Samad

Diterbitkan: Khamis, 9 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oleh SUSAN ALBERT KASIMSHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali supaya mendedahkan lokasi premis rumah urut atau hotel yang dijadikan tempat maksiat di Selangor seperti yang didakwanya.

"Beritahu saya di mana? Ini tidak, main tembak saja. Semua tempat refleksologi seolah-olah jadi tempat maksiat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.

Menurut Khalid, kenyataan Hasan yang mendakwa Shah Alam sebagai kota maksiat seolah-olah memberi gambaran bahawa pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak melakukan tanggungjawab mereka.

"Dia menempelak Datuk Bandar, MBSA, pihak perlesenan dan penguatkuasaan seperti tidak buat kerja. Sebenarnya dia mahu pukul saya tapi dia pukul semua orang," katanya.

Khalid berkata, jika mana-mana premis didapati melakukan kegiatan tersebut secara haram, ia akan ditutup.

Kata Khalid lagi, beliau turut dimaklumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan bahawa pegawai penguatkuasaan melakukan serbuan ke atas premis refleksologi atau hotel hampir setiap minggu.

"Dia hanya cakap ikut sedap mulut dia saja. Jika dia ada bukti beritahu saya. Kalau saya ada kuasa saya boleh halang tapi saya tiada kaitan dengan MBSA," katanya.

Sehubungan itu, Khalid meminta Hasan supaya menyatakan dengan lebih terperinci mengenai dakwaannya itu.

"Apa yang sebenarnya dikatakan pusat maksiat? Jangan bohonglah. Kalau Shah Alam Kota Maksiat, saya minta MBSA beri jawapan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan